Gambar Polis Bantuan Kacak Jadi Kegilaan Wanita

Anggota polis sememangnya diakui sukar dan juga mencabar apatah lagi jika memiliki wajah yang kacak sehingga menerima perhatian yang luar biasa daripada orang ramai.


Itulah yang menimpa seorang anggota polis bantuan yang bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Anggota berkenaan menjadi viral di laman jenaka SGAG negara itu apabila dimuat naik oleh seorang pengunjung wanita.

Identiti anggota berkenaan menjadi tanda tanya pengguna laman sosial terutama sekali kaum wanita.

Susulan viralnya anggota berkenaan, pihak Lapangan Terbang Changi menerusi laman Facebooknya turut berkongsi informasi berkaitan jejaka yang menjadi kegilaan ramai itu.

Memiliki wajah jambu dan senyuman yang menawan, Lee Minwei merupakan seorang anggota polis bantuan di lapangan terbang berkenaan dan telah berkhidmat selama tujuh bulan.

Pemuda yang berusia 22 tahun ini memperoleh populariti mendadak sejak fotonya tersebar di laman jenaka itu.

Foto Minwei sedang bertugas dan tersenyum yang tersebar di laman itu menerima reaksi positif daripada pelayar laman berkenaan.

Rata-rata pengguna laman sosial terutama wanita tergoda dan terpesona dengan senyuman yang dimiliki oleh Minwei apatah lagi jejaka ini turut mendedahkan bahawa dirinya masih lagi ‘single.’

Bagaimanapun, Minwei turut memberitahu bahawa dia terkejut dengan populariti mendadak yang diraihnya itu.

“Kadang-kadang sesetengah pengunjung meminta saya untuk bergambar dengan mereka, tapi saya tidak menjangkakan perkara seperti ini berlaku,” berkata Minwei di Facebook Lapangan Terbang Changi.

P/S : Leleh perempuan tengok nie.
loading...